Ramai org kita jenis ikut ikutan. Mereka mudah terikut dgn pilihan ramai. Itu cara mudah utk menilai sesuatu perkara…
Contoh… bila puak itu dgn menggunakan strategi media sosial mengatakan Cina itu jahat… Dap itu nak hancurkan Melayu… RBA dalangnya Cina Dap… yakinlah org Melayu benarlah perkara tersebut.
Sedangkan Tun Mahathir pejuang no 1 Melayu yg pernah bekerja dgn DAP sendiri menafikan… tapi sikap kita mudah terikut dgn org ramai. Kita tidak mahu berfikir, menilai, mencari dalilnya atau fakta kenapa.
Jika ramai menjadi penilaian di mata kita nasib kita akn menjadi seperti kaum Quraisy…. yg menolak Rasulullah kerana melihat sedikit yg mahu bersama kekasih Allah ketika itu.
“Tuhan mencela org mengikut hanya buta tuli sahaja apa yg dikata atau dibuat org….” kata Zaaba yg begitu keras menyindir sikap org Melayu.
Akhirnya lihat dulu kononnya Azmin kata PN ditubuhkan kerana kepentingan bangsa Melayu. Tapi kini kenapa sebahagian besar pimpinan Bersatu dari Pemuda, Timbalan dan Pengerusinya mahu kembali bersama PH?
Kenapa UMNO parti Melayu sendiri menolak kerajaan PN yg dulu kononnya demi utk org Melayu. Cuba gunakan sikit akal yg dianugerahkan…
Demi org Melayu? ….lihatlah sesama mereka berebut pangkat. Dari Menteri, Timbalan Menteri, CEO dan Chairman. Tidak diberi diugut lagi hingga kos kerajaan PN meningkat 30% utk menanggung begitu ramai Menteri dlm kerajaan ni.
Parti Cina berpecah sesama sendiri kerana perjuangkan hak bangsa mereka. Tapi parti Melayu berpecah kerana kepentingan peribadi utk jawatan2. Jika tidak… tak akan wujud kerajaan yg dibentuk bukan pilihan rakyat tetapi pilihan Ahli Parlimen.
Sekarang ini PH menolak PN dan UMNO sendiri menolak PN. PAS tolak ketepi kerana mereka hanya ikut ikutan. Pemimpin PAS pun sedar mereka tiada kuasa… lebih dari itu mereka sedar kewibawaan mereka.
Masakan tidak parti yg kononnya mempunyai ramai ulama seorang pun tidak layak utk diletakkan sebagai Menteri Agama. Ia sebenarnya satu tamparan yg memalukan PAS.
Lain kali rajin2 membaca dan berfikir. Jika benar Dap itu komunis dah lama diharamkan? Kemudian tanya apa itu RBA. Siapa pemiliknya? Carilah sampai dpt jgn org sebut RBA saja. Lucu setengah tu maksud pun dia tak faham tapi main tulis sahaja….
Hari ini juga saya ingin mengulas mengenai satu tulisan… lupa saya dari siapa ( rakan FB ) berkata sejak PN memerintah tiada lagi masalah isu perkauman.
Gaya penulisan mcm berbangga tapi sebenarnya pemikiran sempitnya mudah kita hujahkan. Dulu ramai yg tahu perlawanan antara PH dan BN dulu ialah pertarungan golongan profesional ( intelektual ) berlawan dgn golongan taksub dan luar bandar.
Jelas penyokong PH yg ada adalah golongan intelektual walaupun sebaik kerajaan ini ditubuhkan MCA melaungkan mereka tidak mahu mendengar kerajaan PN ini kerajaan Melayu Islam.
Kenapa isu itu tidak sepanas jika ia berlaku kpd PH. Dari pandangan saya sebab pengikut PH ini golongan intelektual. Mereka tidak suka isu perkauman dimainkan sebab mereka tahu ia hanya omong kosong utk membodohkan minda org Melayu.
Perasan tak majoriti pengikut PH berhujah lebih kpd fakta. Mereka mencari kelemahan urus tadbir hingga terbongkar isu KKM. Pengikut PH boleh saja mainkn isu MCA, isu pemandu mabuk, isu kilang arak dan sebagainya. Tapi mereka tak mahu fokus tentang itu kerana isu hanya mainan politik.
Isu ini pun dimainkan saya melihat mereka sekadar memperbodohkan ahli PAS. Mereka mahu ahli PAS jadi taksub membuta tuli. Lihat betapa bisunya pemimpin mereka selepas menjadi duduk dlm kerajaan. Dlm bahasa lainnya saya melihat ahli2 parti PH memainkan sedikit isu itu sekadar menganjingkan pengikut PAS bahawa pemimpin mereka cakap tak serupa bikin.
Norman Radzuan
Sumber: