Penyokong Najib kebal COVID-19, tak hirau SOP

Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Kira-kira 1,000 penyokong Najib bersesak dan bersorak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sempena keputusan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mereka dengan sebahagiannya tidak memakai pelitup muka atau tidak mengenakannya dengan sempurna berteriak berulang kali jeritan Bossku sejurus Najib tiba.

Penyokong bekas Pengerusi BN dan Presiden Umno itu juga menyanyikan lagu Allah Selamatkan Datuk Najib.

Kumpulan penyokong Najib paling ketara terdiri daripada mereka berpakaian biru dengan tertera di belakang baju, “Rakyat Baling Berpisah Tiada” selain berpakaian serba merah bagi kaum Hawa dipercayai Wanita Umno.

Sokongan mereka juga diikuti bacaan selawat dan teriakan Allahuakbar tetapi kembali ditenggelami dengan pekikan Bossku.

“Tiada SOP. Bossku kebal Covid-19 ke?” soal Norazman Yatim dalam reaksinya menerusi siaran langsung Malaysiadateline sebentar tadi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/sop-ke-laut-penyokong-najib-dibimbangi-wujud-kluster-mahkamah/