Penumpang terkandas 5 jam dalam penerbangan, kesal dengan servis MAS

Penumpang terkandas 5 jam dalam penerbangan, kesal dengan servis MAS

Penumpang terkandas 5 jam dalam penerbangan, kesal dengan servis MAS. Seramai 191 penumpang terkandas hampir lima jam dalam pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pagi tadi selepas penerbangan dinaiki mereka dilencongkan akibat cuaca buruk.

Sepanjang tempoh itu juga, penumpang mendakwa mereka dibiarkan dalam pesawat tanpa diberikan makanan atau penjelasan konkrit mengenai situasi yang berlaku.

Berdasarkan maklumat, pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Jeddah itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 11 pagi tadi, namun terpaksa dilencongkan ke LTAPP atas sebab cuaca buruk.

Seorang penumpang, Tariq Farouk Abdul Basir mengakui kesal dengan prosedur syarikat penerbangan itu yang memberikan informasi tidak jelas berhubung kelewatan selepas pesawat mereka dilencongkan.

“Sepanjang tempoh itu (lima jam terkandas dalam pesawat), pihak berkenaan tidak memberi maklumat tepat mengenai punca pesawat itu terkandas, selain informasi diberikan juga tidak jelas.

“Sehinggalah selepas hampir lima jam barulah kru kapal beritahu bahawa berlaku isu teknikal dan kami akan ditempatkan di hotel sementara menunggu penerbangan semula ke KLIA dijangka jam 2 atau 3 pagi nanti,” katanya ketika ditemui.

Penumpang terkandas 5 jam dalam penerbangan, kesal dengan servis MAS

Menurut Tariq Farouk, dia juga tidak dapat menghubungi keluarga yang sudah menunggu di KLIA kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri, manakala pengecas berada dalam kargo bagasi.

Penumpang yang mahu dikenali sebagai Muhammad pula berkata, dia terpaksa menunda mesyuarat berkaitan perniagaan di Manila, Filipina kerana masih terkandas di Malaysia, selain terpaksa menanggung kerugian pembelian tiket penerbangan berharga RM3,000.

“Diharap pihak MAS dapat mengambil kejadian ini sebagai pengajaran supaya nasib menimpa kami hari ini tidak berulang kepada penumpang lain di masa depan,” katanya lagi.

Penumpang warga asing, Abdullah Sham pula kecewa apabila penumpang dibiarkan dalam pesawat bagi tempoh terlalu lama.

“Kalau sudah tahu cuaca buruk mengapa kapten pesawat masih meneruskan penerbangan hingga menyebabkan kehabisan minyak?

“Informasi oleh kru dan kapten juga bercanggah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan LTAPP, Mohd Nadzim Hashim ketika dihubungi mengesahkan terdapat pesawat yang sepatutnya mendarat di KLIA dilencongkan ke LTAPP atas faktor cuaca.

BACA:

Farahdhiya ‘belanja’ peha buat orang ramai jadi tak keruan

Hanya untuk masak mi hailam, suami dedah isterinya habiskan RM1,000 untuk beli bahan

Mahkamah putuskan panggil lelaki dengan nama ‘botak’ dianggap melakukan gangguan seksual

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)