Bagi menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam dalam usaha menangani Covid-19, Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM 1,000 setiap seorang kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah. Bantuan ini berjumlah RM 18.5 juta dan akan dibayar pada 9 Jun 2020.
Pegawai yang layak dibayar BKK adalah seperti berikut:
Orang Besar Daerah
Ahli Majlis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pegawai Tetap, Sementara dan Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Pegawai yang dilantik secara Contract of Service (CoS) dan Contract for Service (CfS)
Pegawai yang bercuti separuh gaji
Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
Guru KAFA
Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
Pegawai Perhubungan Perkampungan Kampung Baru dan Ketua Komuniti India
Pegawai Commisioner of Building (COB) dan One Stop Centre (OSC) yang berkhidmat di PBT; dan
Pegawai yang dibayar gaji melalui Sistem Gaji Berkomputer Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Pegawai yang tidak layak dibayar BKK ini adalah seperti berikut:
Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020;
Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020; dan
Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Mei 2020.
Sumber: