Peniaga, penjaja di Pulau Pinang diberi pengecualian bayar sewa, permit hingga hujung tahun

Peniaga

Peniaga, penjaja di Pulau Pinang diberi pengecualian bayar sewa, permit hingga hujung tahun.Semua peniaga, penjaja dan pasar terbuka di Pulau Pinang akan dikecualikan bayaran sewa dan permit sehingga akhir tahun bagi meringankan beban akibat pandemik Covid-19.

Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata langkah itu membabitkan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM5.1 juta untuk menyerap kos daripada semua operator di semua kemudahan milik pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri.

Menerusi kenyataan, beliau berkata ia penting bagi memastikan kira-kira 11,000 penjaja dan peniaga terus beroperasi terutama apabila permintaan terhadap makanan dan barangan lain dilihat meningkat ketika ramai penduduk berada di rumah ketika pandemik.

Peniaga

Pengecualian itu akan berkuat kuasa mulai bulan depan hingga akhir Disember ini yang termasuk pengecualian bayaran permit pasar malam, pasar pagi, pasar minggu dan pasar tani.

Jagdeep berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM175 juta oleh kerajaan Pulau Pinang yang mana RM82 juta daripadanya disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/17/peniaga-penjaja-pasar-terbuka-p-pinang-diberi-pengecualian-sewa-permit/

BACA: Panas !!! Peja salah maklum boleh buka gimnasium hari ini, sebenarnya masih tak boleh

COMMENTS

Wordpress (0)