Peniaga letak syarat baru, beli barang lain dulu baru boleh beli minyak paket

Peniaga letak syarat baru, beli barang lain dulu baru boleh beli minyak paket

Peniaga letak syarat baru, beli barang lain dulu baru boleh beli minyak paket. Beberapa pemilik kedai runcit di sekitar Changkat Jering Taman di sini dikesan menetapkan syarat pengguna membeli barang lain terlebih dulu sebelum dibenarkan mendapatkan minyak masak paket.

Perkara itu didakwa berlaku oleh seorang peniaga kecil-kecilan di Changkat Jering yang mesra disapa Mak Su, 51, dan cubaan membeli di premis berkenaan hari ini mendapati ia memang berlaku.

Mak Su mendakwa, sebuah premis di sini dikesan meminta minyak masak paket perlu dibeli bersama barangan lain pada harga tertentu.

“Kalau nak beli dua pek minyak masak satu kg, kena beli barangan lain antara RM50 ke RM60 di kedai itu.

“Itu pun selepas diminta, barulah peruncit berkenaan akan mengeluarkan minyak pek yang diletak tersorok sedikit berbanding di rak terbuka,” katanya.

Peniaga letak syarat baru, beli barang lain dulu baru boleh beli minyak paket

Pembelian di sebuah gedung runcit di Changkat Jering mendapati minyak masak pek satu kilogram (kg) boleh diperoleh pada harga RM2.70 satu pek namun secara tersembunyi.

Minyak pek berkenaan tidak diletak di rak terbuka, sebaliknya ketika ditanya sama ada bekalan itu ada dijual, penjaga kaunter juruwang meminta kakitangan lain mengambilnya di stor kedai.

Minyak masak pek satu kg itu kemudian dibungkus dalam plastik hitam di stor kedai sebelum dibawa ke kaunter bayaran.

Tinjauan di sebuah pasar raya di sini, hari ini mendapati stok minyak masak botol lima kg masih berada di rak manakala pembeliannya dihadkan kepada tiga botol sekeluarga.

Tinjauan di tiga kedai runcit di sini hari ini juga mendapati situasi sama apabila stok minyak masak botol agak berkurangan di rak jualan.

BACA:

Selepas ‘gila’ dengan harga ayam dan minyak masak, kadar faedah bank pula dijangka naik lagi

Pembelian minyak masak bersubsidi : Kerajaan letak syarat terbaru

Kerajaan hapus subsidi minyak masak, termasuk harga siling ayam dan telur

CATEGORIES