Peniaga kecam melayu paling banyak beli daging kisar murah tapi haram

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Berikutan kes logo halal dan haram yang sedang dibahaskan secara meluas baru baru ini,

seorang wanita tampil di dalam facebook miliknya untuk turut menyatakan pengalaman sebagai peniaga.

Menurut Sharifah Zahidah, dirinya yang telah berpengalaman selama 10 tahun banyak melihat peniaga melayu adalah yang paling ramai menjadi pengkhianat.

“Di saat kita marah dan maki peniaga non Muslim atas isu-isu halal yang terjadi, KETAHUILAH…”

“Dalam kalangan kita orang Islam sendiri telah BANYAK BERLAKU KHIANAT SESAMA KITA”.

Peniaga kecam melayu paling banyak beli daging kisar murah tapi haram

Zahidah menceritakan kisahnya yang membeli daging kisar di sebuah kedai peniaga kaum cina namun didapati ia tiada logo halal.

Lalu terus bertanyakan ke kaunter dan jawapan yang didapati hanyalah gelengan kepala iaitu tiada logo halal.

“Dalam waktu yang sama, ada wanita bertudung dan menutup aurat sempurna (bukan baju ketat/dedah kulit) juga ambil pek yang sama.”

“Saya dah tanya orang kaunter, dia kata tak halal ni.”

Namun terkejutnya Zahidah apabila wanita ini hanya menjeling dan terus membeli dalam kuantiti yang banyak sebagai peniaga.

Maka kerana itu perlunya logo halal bagi kedai-kedai makanan masa kini kerana telah terjadi pelbagai revolusi makanan.

Baru-baru ini, isu sijil halal menjadi hangat setelah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengulas tentang cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil tersebut.

Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Baca juga: Ini respon GISB selepas terpalit dengan dakwaan amang seksual dan cabul kanak-kanak