Pengusaha kosmetik maut dalam kemalangan, tiga lagi cedera

kosmetik

Pengusaha kosmetik maut dalam kemalangan, tiga lagi cedera. Seorang peniaga kosmetik maut manakala tiga lagi ahli keluarganya termasuk kanak-kanak berusia dua dan 10 tahun cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Nahas berlaku di Kilometer 11, Jalan Gaung-Kuala Ping berhampiran Kampung Matang kira-kira jam 7.40 malam Khamis.

Insiden itu menyebabkan mangsa Muhammad Marhafizan Muhammad, 28, maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira bersama isteri dan anak perempuannya yang dikatakan dari arah Jabi, Besut hilang kawalan ketika melalui selekoh.

Susulan itu kenderaan mereka dipercayai berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan.

kosmetik

Bagaimanapun jarak yang terlalu dekat menyebabkan seorang pesara yang memandu kereta jenis Honda Civic tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-kosmetik-maut-tiga-cedera-kereta-bertembung-315048

BACA: Terkini !!! Vaksin satu dos CanSino tiba di KLIA pagi ini

COMMENTS

Wordpress (0)