Pengunjung cedera teruk selepas permainan di taman tema terhempas

Pengunjung cedera teruk selepas permainan di taman tema terhempas. Suasana di sebuah taman tema di Bandar Puncak Alam gempar apabila beberapa individu cedera selepas permainan dinaiki mereka terhempas, malam ini.

Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan permainan itu pada awal berjalan lancar sebelum situasi bertukar sebaliknya.

Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung taman tema turut dirakam menerusi video berdurasi 15 saat.

Baca Artikel Penuh