Pengundi cina bimbang jika PH calon Idris Ketua Menteri, tidak akan keluar mengundi

Pengundi cina bimbang jika PH calon Idris Ketua Menteri, tidak akan keluar mengundi. Nama Adly sebagai calon ketua menteri faktor penarik terbesar untuk PH

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh para pengkaji politik, bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari adalah faktor terbesar untuk menarik balik pengundi Melaka turun mengundi.

Oleh itu, dengan mengumumkan Adly adalah calon ketua menteri jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya ini akan memberikan dorongan besar untuk PH menang.

“Sebenarnya pengundi Melaka terutama di kalangan orang Cina bimbang kalau-kalau PKR mendesak agar Idris Harun dilantik sebagai ketua menteri Melaka jika PH menang.

Pengundi cina bimbang jika PH calon Idris Ketua Menteri, tidak akan keluar mengundi

Idris Haron

“Ini kerana, bagi mereka Idris tetap Umno walaupun kini sudah menjadi calon PKR, tambah-tambah apabila tersebar surat Adly sebelum ini yang mencadangkan agar Idris menjadi ketua menteri,” kata seorang penganalisis yang namanya tidak mahu dinyatakan.

Beliau yang sudah lebih seminggu berada di Melaka bagi membuat kajian politik dan pilihan raya di sana berkata, pengundi juga bimbang kalau-kalau PKR bertegas tidak mahu nama Adly yang dinamakan sebagai calon ketua menteri jika PH menang.

“Ada juga maklumat yang kami terima, PKR yang menekan Anwar agar jangan menamakan Adly sebagai calon ketua menteri jika PH menang.

“Mereka bertanya, jika PKR mendapat lebih banyak kerusi, takkan Adly dari Amanah akan terus jadi ketua menteri juga,” kata beliau lagi.

Oleh itu, langkah tidak menamakan Adly sebagai calon ketua menteri akan menghilangkan keyakinan pengundi terutama di kalangan pengundi Cina untuk keluar mengundi.

“Sebab itu, menamakan Adly sebagai calon ketua menteri sangat penting jika PH mahu menang dalam PRN ini,” kata beliau.

Menurut kajian itu, hampir kesemua respondan yang temui tidak membangkitkan sebarang isu dengan Adly ketika beliau menjadi ketua menteri dahulu.

Adly dikenali mereka sebagai seorang ketua menteri yang ada intergriti yang tinggi dan banyak inovasi baharu yang dibuat untuk rakyat Melaka.

BACA JUGA : PH akan jadi pilihan jika Adly dinobat calon Ketua Menteri
Panas !!! Calon PN yang disokong Pas ajar ‘teknik’ masuk Israel

CATEGORIES