Pengumuman Ismail Sabri sebagai PM disambut dingin netizen

Ismail Sabri

Warganet tidak senang dengan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 dengan kebanyakan mereka menaikkan semula tanda pagar #KerajaanGagal.

Pelantikan Ismail berlaku selepas penyandang jawatan itu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan Isnin lalu, bersama spekulasi hampir seminggu bagi mengenal pasti pihak mana yang mempunyai cukup majoriti untuk mengisi jawatan perdana menteri baharu.

Dalam bahagian komen di laman rasmi Istana Negara yang mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelantikan Ismail, kebanyakannya menyatakan rasa tidak puas hati dalam tempoh beberapa minit sahaja, sejurus pengumuman pelantikan beliau dibuat.

Pengumuman Ismail Sabri sebagai PM disambut dingin netizen

“Ok kita redha je. Nak buat macam mana. Kuasa bukan di tangan rakyat sekarang. Kuasa ditangan MP2 (Ahli Parlimen) katak yg tentukan hala tuju negara,” kata Rahman Ahmad.

Kata Faizam Ibnu Sinar, “tahniah Najib Razak dan Zahid Hamidi.. lpas ni x perlu susah2 lagi ke mahkamah”.

Manakala, Ahmad Saifullah Razali, berkata, “Ni org Pahang panggil.. Mengkarakkk (rosak atau punah) #NotMyPM”.

Bagi Alia Suhaimi, “hadap la balik Azmin Ali, (Radzi) Jidin, (Ahmad) Zahid (Hamidi), Adham Baba.. Padan muka kita semua”.

Anson Queen pula menyatakan,”pada masa hadapan, Tak payah susah2 buat pilihan raya sdh, bazirkan masa rakyat aje”.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/20/warganet-dingin-pelantikan-ismail-sebagai-pm/

BACA JUGA : Ismail Sabri bakal angkat sumpah Perdana Menteri esok

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)