Pengkhianatan Yang Membawa Penyamun Kembali Berkuasa

Malaysia mula diserang media antarabangsa ekoran majlis angkat sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

AFP melabelkan Muhyiddin dan kerajaannya sebagai Muslim Nasionalis melampau dengan disokong oleh parti yang tercemar dengan skandal selepas jatuhnya kerajaan reformasi.

Walaupun begitu, AFP new agency melaporkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam pembentukan kerajaan itu dan menyifatkannya sebagai kerajaan tidak sah.

Sebelum ini, Asia.Nikkei melaporkan perkara hampir sama.

Menurutnya, kekecohan politik lebih seminggu di Malaysia berakhir dengan parti politik yang tercemar dengan skandal politik kembali berkuasa.

Ia merubah keputusan pilihan raya umum 2018 lalu yang menyaksikan kenaikan kerajaan yang mendokong demokrasi dan transparen.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/media-antarabangsa-serang-kerajaan-muhyiddin/

COMMENTS

Wordpress (0)