Terkejut.. Itulah gambaran seorang pengguna apabila mendapat bil elektrik mencecah RM 7 ribu selepas PKP.
Topik hangat yang memenuhi media sosial mutakhir ini adalah berkisar bil elektrik yang terlalu tinggi berbanding sebelum PKP.
Ada yang merasakan teknik pengiraan TNB yang silap, bahkan ada yang mula musykil kaedah bacaan yang dibuat oleh TNB.
Tempoh berkurung di rumah sepanjang PKP adalah kerana arahan kerajaan Malaysia bagi membendung penularan Covid-19.
Orang ramai tidak menjangkakan bil elektrik akan naik setinggi ini kerana tahap penggunaannya hanyalah lebih sedikit sahaja dari rutin sebelum PKP dilaksanakan.
Seorang pengguna melahirkan kegelisahan apabila mendapat bil bernilai RM 7,695.89 melalaui tulisan di akaun FB bernama Syarifah Furaiha.