Rahsia kemewahan seorang penganggur berusia 44 tahun terbongkar apabila dia ditahan oleh polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki tersebut ditahan
menerusi dua serbuan yang dijalankan antara pukul 2 petang hingga 4.30 petang.
Menurut beliau, serbuan pertama dilakukan terhadap sebuah kenderaan milik suspek, iaitu Honda Accord,
Di kawasan kediaman kondominium, manakala serbuan kedua di sebuah rumah kedai sekitar bandar raya ini.
“Dalam serbuan tersebut, kami merampas pelbagai jenis dadah termasuk 12.6 kilogram (kg) serbuk ekstasi; 123 gram (g) ketamin; 621.8 g pil ekstasi dan 3.9 g pil Eramin 5, dengan nilai keseluruhan RM2.214 juta.
“Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan; dua alat pengisar; dua keping kad berwarna kuning keemasan;
pelbagai barangan kemas bernilai RM21,628 dan wang tunai sebanyak RM700,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan hari ini.
Tambah Raub, suspek lelaki tempatan itu dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara bersendirian dan telah aktif dalam kegiatan tersebut sejak Jun tahun ini.
Raub turut memaklumkan bahawa suspek kini ditahan reman sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
BACA: ‘Donut bapak kau!’ Lando sekolahkan idola penyokong Pas