Penggali kubur tak menang tangan urus jenazah Covid-19

Penggali

Penggali kubur tak menang tangan urus pengebumian jenazah Covid-19.  Pasukan penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh di sini mengakui tidak menang tangan disebabkan peningkatan kes kematian akibat Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Seorang petugas, Roslee Ali, 63, berkata, liang lahad di ­tanah perkuburan tersebut tidak boleh digali terlalu awal ke­rana dibimbangi menyebakan air bertakung sekiranya hujan lebat.

“Lot kubur TPIRS sudah digali separuh. Selepas dimaklumkan jenazah akan sampai barulah kami (penggali kubur)menjalankan kerja-kerja menggali yang mengambil masa kira-kira 30 minit bagi satu liang lahad.

Penggali

“Kawasan perkuburan ini merupakan bekas lombong dan tanahnya juga agak keras dan kadangkala berbatu. Ini merupakan cabaran kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Roslee memberitahu, dia telah menurunkan lebih 300 jenazah pesakit Covid-19 ke dalam liang lahad sejak pandemik ini me­landa negara pada tahun lalu.
Jelas lelaki itu, mata cangkul juga perlu ditukar setiap dua atau tiga bulan sekali.

Roslee yang mempunyai pengalaman 10 tahun menggali kubur memberitahu, ini kerana mata cangkul akan menjadi pendek sekiranya digunakan untuk tempoh yang lama.

Ketika ditanya mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa mengendalikan jenazah Covid-19, beliau dengan merendah diri enggan mengulas lanjut.

“Biarlah ia menjadi rahsia kerana nasib kita esok belum tahu lagi,” ujarnya

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/19/turunkan-lebih-300-jenazah-covid-19-dalam-liang-lahad/

jika Terlepas: Pendapat | Mampukah Anwar tewaskan Mahathir?