Pengerusi RHB Investment Bank letak jawatan

Pengerusi RHB Investment Bank letak jawatan

Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif RHB Bank Bhd berkuat kuasa 28 Februari.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, bank itu berkata, Azlan yang menyertai lembaga pengarah RHB Bank pada 2005, juga akan meletak jawatan sebagai Pengerusi RHB Investment Bank Bhd.

Sementara itu, menerusi makluman berasingan, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumkan Azlan telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MBSB dan MBSB Bank Bhd berkuat kuasa 1 Mac 2021.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/125928/BISNES/Azlan-letak-jawatan-Pengerusi-RHB