Pengerusi MDEC umum letak jawatan

RAIS

Pengerusi MDEC umum letak jawatan.RAIS Hussin Mohamed Ariff meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Rais berkata beliau mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah terakhirnya hari ini dan memberitahu Kementerian Kewangan mengenai keputusan melepaskan jawatan pada pertengahan Ogos.

“Saya sudah menyampaikan hasrat untuk mengundurkan diri kepada menteri kewangan pada pertengahan Ogos 2021, sementara mengulangi hal yang sama kepada menteri komunikasi dan multimedia yang baharu, Tan Sri Annuar Musa, pada awal September 2021.

“Tan Sri Annuar mendengar dengan penuh perhatian dan memahami keinginan saya untuk mengundurkan diri,” kata Rais dalam satu kenyataan.

Pengerusi

Rais menyifatkan perjalanannya di MDEC sangat hebat memandangkan agensi itu sangat penting dalam memacu ekonomi digital negara.

Beliau berkata banyak usaha dilakukan dalam perubahan organisasi, lembaga dan struktur pengurusan serta tadbir urus dan integriti.

“Saya telah bersuara dalam banyak hal bagi mendorong perubahan ini – mendengar pelbagai pihak berkepentingan, terutama industri dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi digital – kerana masa sangat penting.

“Saya bersyukur dengan ahli lembaga yang sangat aktif daripada pelbagai bidang kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang membantu mendorong perubahan ini. Saya juga disokong oleh ketua pegawai eksekutif ketika itu, Surina Shukri. Penambahbaikan berterusan perlu menjadi jalan untuk maju ke hadapan.”

Sumber:

BACA: [Video] Aksi cemas penyelam ditelan ikan paus

COMMENTS

Wordpress (0)