Pengeluaran khas KWSP : Ambil tahu tentang status permohonan anda. Sebentar tadi kecoh mengenai laman web KWSP yang diselenggara ini memunjukkan ada perubahan yang sedang berlaku, apabila netizen menyemak status permohonan diterima bertukar menjadi ‘lulus’ dan tarikh pembayaran pengeluarankhas diberikan.
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas maksimum sehingga RM10,000. Pencarum tidak perlu semak di i-Akaun, mengunjungi kiosk atau cawangan untuk menyemak, kata KWSP dalam satu artikel hari ini.
Tetapi,masih ramai yang kurang faham mengenai status kwsp yang menyatakan “Permohonan Anda DIterima”, dan apa perlu anda buat sekiranya anda LULUS dan apa perlu anda lakukan sekiranya permohonan anda GAGAL ?
Hebahkan artikel ini buat saudara-mara.
Bagi mereka yang sudah menyemak status permohona dan status terpapar seperti gambar diatas “Permohonan Anda Telah Diterima”, ini bermakna permohonan pengeluaran khas kwsp anda LULUS dan akan menerima pembayaran pada 20 April 2022.
Amaun yang akan anda terima adalah amaun yang anda mohon sekiranya anda mohon hanya ingin membuat pengeluaran sebanyak Rm1,000 pada 20 April nanti anda akan menerima Rm1,000, maksimum pengeluaran sebanyak Rm10,000.
Cara membuat semakan, boleh dibuat mulai 9 April 2022
Semak Status Anda sama ada lulus atau tidak
Layari portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Tekan ‘Teruskan’
Klik pada ‘ Semak Status Permohonan ‘
Isi Maklumat anda seperti yang tertera
Isi Nombor MyKad/MyPR ataupun Pasport/MyKAS
Isi Nombor Telefon Anda
Klik pada ‘ Saya Bukan Robot ‘
Selepas itu tekan ‘Semak Status’
Sekiranya status anda “Permohonan Anda Telah Diterima” tahniah anda layak menerima pengeluarakan khas kwsp
Sekira permohonan anda tiada rekod ataupun gagal ini bermakna pengeluaran anda tidak dapat diteruskan.
BACA:
Elizabeth Tan jadi ‘cleaner’ pula, tapi benda lain pula yang netizen perasan
Aeril Zafrel menganjing Aisar Khaled di Tiktok undang ketawa warganet
Cita-cita murid tahun 2 ini buat orang ramai kagum, “macamana umur macam tu boleh fikir..”