Pengeluar arak Timah kembali beroperasi setelah kerajaan perbaharui lesen

Pengeluar arak Timah kembali beroperasi setelah kerajaan perbaharui lesen.Pengeluar arak tempatan, Timah, kembali beroperasi selepas kerajaan memperbaharui lesennya baru-baru ini, sekali gus menamatkan kontroversi berkaitan jenama itu.

Pengarah Winepak Corporation Sdn Bhd Kenny Yeo, mengesahkan lesen mereka sudah diperbaharui dan proses pengeluaran akan bermula dengan label baharu dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Stok dengan label baharu dijangka berada di premis berlesen dalam masa beberapa minggu lagi. Kami kehabisan stok buat masa ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, media dan ahli politik tertentu yang bersama kami ketika kontroversi itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Kontroversi berhubung nama Timah dan imej Kapten Tristram Speedy pada botol arak itu tercetus sejak Oktober lalu.

Pelbagai pihak, termasuk warganet dan sesetengah ahli politik mempersoalkan nama Timah yang dikatakan ringkasan bagi nama Fatimah, anak Nabi Muhammad S.A.W.

Pengeluar arak Timah kembali beroperasi setelah kerajaan perbaharui lesen

Mereka turut mendakwa, imej Kapten Speedy pada label arak itu menyerupai lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala, seolah-olah menyerupai lelaki Islam memakai kopiah.

Winepak kemudiannya menjelaskan nama arak itu merujuk logam timah dan gambar Kapten Speedy ialah individu yang memperkenalkan budaya minum wiski di negara ini pada zaman itu.

Pada 13 Nov lalu, kerajaan bersetuju membenarkan Timah mengekalkan namanya, tetapi label tambahan perlu disertakan pada botolnya bagi menjelaskan nama Timah merujuk bijih timah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sebelum ini lantang bersuara dalam isu itu, mengalu-alukan pengeluaran lesen kepada Winepark yang menandakan berakhirnya kontroversi berkenaan.

“Diharapkan kita dapat mengelakkan bantahan umum dalam kontroversi lain seperti ini dengan berjumpa individu relevan terlebih dahulu. Ini mudah dielakkan jika pihak tertentu tidak mengambil kesempatan untuk meraih kelebihan politik.”

BACA JUGA :

Majoriti MKT Umno mahu perkukuh kerjasama MN dengan Pas, kata Hadi
Gara-gara sukar berpisah dengan si tembam, tuan kucing terpaksa bawa masuk kelas senyap-senyap
Azmin, Zuraida, Rina dan Hamzah gugur dari jawatan Menteri ?

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)