Pengantin perempuan terpaksa tahan malu atas pelamin, bakal suami larikan diri

Pengantin perempuan terpaksa tahan malu atas pelamin, bakal suami larikan diri

Pengantin perempuan terpaksa tahan malu atas pelamin, bakal suami larikan diri. Kisah seorang pengantin lelaki yang melarikan diri menjelang majlis akad nikah menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Tribunnews, insiden itu berlaku di Magetan, Jawa Timur.

Biarpun pengantin lelaki melarikan diri, majlis perkahwinan tetap diteruskan dan pengantin perempuan bersanding berseorangan atas pelamin dan ‘terpaksa senyum’ kepada para tetamu yang datang menyapa.

Hal itu disebabkan keluarga pengantin sudah menjemput lebih 1,000 undangan.

Kini, keluarga pengantin perempuan menunggu penjelasan lanjut daripada keluarga lelaki mengenai insiden yang berlaku.

“Kita masih menunggu penjelasan dari mereka. Kita mahu tahu adakah pengantin lelaki sengaja melarikan diri dan keluarganya mengetahui rancangan itu?

Pengantin perempuan terpaksa tahan malu atas pelamin, bakal suami larikan diri

“Jika mereka bersepakat, maka kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis kerana sudah jelas mendatangkan malu kepada kami sekeluarga, terutamanya pengantin perempuan, kata wakil keluarga pengantin perempuan, Ardie.

Jelasnya, kedua-dua keluarga sebelum ini bersetuju untuk bersama-sama menanggung kos resepsi, menyebabkan resepsi itu berlangsung juga biarpun pengantin lelaki tiada.

Kata Ardie, kedua-dua pasangan pengantin itu berkenalan sejak enam bulan lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Pengantin perempuan menunggu bakal suaminya dari pukul 7 pagi sehinggalah ke tengah malam, namun pengantin lelaki tetap tidak muncul.

“Lebih menyedihkan, dia terpaksa bersanding berseorangan dan menyambut para tetamu dengan senyuman, walaupun dalam hatinya, hanya tuhan mengetahui,” ujarnya.

BACA:

Tuduhan terhadap Serba Dinamik digugurkan, ini penjelasan AG

“Muka dah macam Zahirah Macwilson”, anak gadis Vanidah Imran jadi perhatian

“Jangan jadi penunggang agama!”, Mawar Karim ‘sound’ siapa tu?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)