Pengantin lelaki dedah cerita sebenar selepas tular bernikah dengan Bunian

Pengantin lelaki dedah cerita sebenar selepas tular bernikah dengan Bunian

Kalau sebut tentang bunian, sudah semestinya semua orang akan mengimbau kembali kejadian-kejadian yang pernah berlaku melibatkan makhluk ghaib ini.

Tular baru-baru ini di laman sosial Facebook dan Instagram gambar seorang lelaki berbaju Melayu kuning lengkap dengan songkok dan samping yang dikatakan telah bernikah dengan orang bunian.

Memetik laporan mStar, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Muzaffar Mohd Yazid atau mesra disapa Muzaffar, mengakui bahawa gambar yang dikongsikannya di laman sosial Twitter meraih perhatian ramai kerana dilihat bersanding di atas pelamin bersendirian.

Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik individu lain di Facebook sehingga tular.

Gambar Muzaffar yang bersalaman sendirian cetus tular di media sosial

Ada yang tinggalkan komen kata saya bersanding dengan orang bunian. ada juga yang tumpang simpati kerana menyangka pengantin perempuan telah meninggal dunia.

Saya pada mulanya sekadar berkongsi gambar di twitter. Kemudian ada individu yang menyebarkannya di Facebook dan Instagram.

Muzaffar yang merupakan pelajar bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor menjelaskan bahawa gambar tersebut hanyalah sekadar gambar kenang-kenangan di pelamin sebelum majlis bermula dan bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh netizen bahkan sama sekali tidak akan menyangka bahawa ia akan tular di Media Sosial.

Ia sebenarnya adalah majlis perkahwinan anak kepada pensyarah saya. Saya bertugas sebagai pengacara majlis dengan seorang rakan saya.

Muzaffar juga mengungkapkan impiannya untuk menjadi seorang pengacara suatu hari nanti dan tidak segan menolak jika dijemput mana-mana majlis selepas ini.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/tular-dikatakan-bernikah-bengan-bunian-lelaki-ini-dedah-cerita-sebenar/