Penganalisis kangkung” hanya tahu beri gambaran salah pada PH

Sesetengah the so called “PENGANALISIS” memg suka lakarkan gbran negatif pd PH dan memuji BN. Itu lumrah. Sebelum PRU14 pun BN ketika itu dipuji2 akan memenangi majoriti 2/3 oleh sebuah badan penyelidikan atau kajian sains politik yg terkenal. Tapi meleset juga.

PERTAMA, “Silent Treatment” DSAI dan PKR terhadap Org Tua tu dan Bersatu Renegade pada PC mereka sudah dianggap perpecahan dlman PH sdgkan Bersatu Renegade bukan lagi dlm PH pun sbb dah berpecah. Nak pecah apa lagi?

Bila Mat Sabu dan LGE dibenarkan hadir ke PC tu takkan itu pun dah “BERPECAH” menandakan mereka bergaduh dlm PH jika berbeza pendirian? DSAI jenis pemimpin yg meraikan perbezaan pendapat, klau Mat Sabu dan LGE rasa perlu bg muka pd Org Tua tu dan Bersatu Renegade, DSAI ok shj.

Malah walau dia tak setuju nak bawa Bersatu masuk semula dlm PH dia tetap buat “Politically Correct Statement” yg PH terbuka menerima Bersatu (tapi bersyarat) sbb ada SEGELINTIR yg “KELAPAQ” sgt. DSAI tak bergaduh dgn mereka sebaliknya bertolak ansur demi Muafakat.

KEDUA, Kononnya Rakyat berwaspada sbb mungkin mengesyaki PH tidak punya kebolehan memerintah adalah sesuatu yg terang2 berbohong utk merendah2kan PH. Walhal byk perubahan positif sdg dilakukan PH ketika berkuasa tapi menghadapi sabotaj dari dalaman oleh segelintir pimpinan PH sendiri yg jadi PNkhianat.

Dari mana dtgnya Rakyat yg mengesyaki PH tidak memiliki apa yg diperlukan utk memerintah? Semestinya ia hanyalah persepsi bukan kajian. Jika begìtu, boleh atau tidak kita kata Rakyat juga waspada terhadap M(B)N yg diketahui adalah PNyamun Kleptokrat malah turut berwaspada terhadap PN yg merupakan PNkhianat yg tidak pun mendapat mandat rakyat?

Sebenarnya semua perkara ini hanya akan diperolehi jwpannya di PRU. Serah pd rakyat, saya percaya PH akan mengulangi semula sejarah. Rakyat masih terkesan dgn masalah Ekonomi dan Kos Sara Hidup akibat rasuah, rompakan Mega seperti di PRU14, tetiba muncul KERAjaan ini yg mana “the very same party” yg mencetuskan masalah rakyat itu masih dlm kerajaan ini sdgkan masalah2 yg mereka cetuskan dulu belum pun selesai PH uraikan.

KETIGA, PN dianggap akan berdaftar secara rasmi. Penganalisis ni tak tgk ke UMNO dan GPS terang2 menolak dan merasakan ia tidak perlu? Malah mereka tergesa2 menandatangani MoU yg tiada makna atau ikatan dlm undg2. Ini jelas disebut oleh Mahadzir Khalid dari UMNO. Wakil GPS juga bingung kerana mereka tak berhasrat nak sokong penubuhan atau sertai PN sebaliknya hanya sokong Yiddin jd PM.

Kegagalan PN menandatangani MoA iaitu perjanjian yg sah pun sudah membayangkan perikatan mereka hanyalah “the marriage of convenience”. Berangan agaknya the so called “penganalisis” tu?

KEEMPAT, BN kononnya dilihat sbgai gabungan yg lebih stabil. The so called “penganalis” ni lupa agaknya yg GPS pun keluar BN? Yg tinggal hanya UMNO yg masih punya sokongan lebih satu pertiga Melayu sekitar 35-38%. Juga MCA dan MIC yg “wiped out” hanya disokong sekitar 6% bukan Melayu dan PBRS yg mcm hidup segan mati tak mahu. Ada lagi yg lain? Lalu…ia “adalah gabungan yg paling stabil” selepas dari 13 keanggotaan parti jd 3 atau 4 shj? Ironik bukan?

Mungkin the so called Penganalisis ini maksudkan M(B)N atau Muafakat (Barisan) Nasional? Tapi tak juga, kita tunggu bila mereka nak berbahagi kerusi Majoriti Melayu nanti. Masa tu baru kita tahu gabungan ni stabil atau tidak?

Kadang2 “kangkung” jugak the so called Penganalisis yg dibenarkan membina “public opinion” di media massa.

Wallahualam.

– Zus Din

Sumber: