Pengakuan Will Smith baca al-quran sepanjang Ramadan undang persoalan netizen

Pelakon Hollywood, Will Smith, mengakui bahawa dia telah membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

Perkongsian tersebut dibuat oleh Will Smith dalam satu podcast bersama wartawan Mesir, Amr Adeeb baru-baru ini.

Dalam podcast itu, pelakon itu kelihatan terkejut kerana kitab Taurat, Zabur, dan Injil berkait rapat dengan Al-Quran.

Pengakuan Will Smith baca al-quran sepanjang Ramadan undang persoalan netizen

“Saya sangat suka kesederhanaannya, Al-Quran begitu jelas, ia amat jelas. Sukar untuk terjadi salah faham,” katanya.

“Saya terkejut bahawa ia seperti satu kisah, dari Torah melalui Bible dan ke Al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami Abraham sebagai bapa dan kemudian perpecahan dengan Isaac dan Ishmael, dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik,” tambahnya.

Baca Artikel Penuh