Peneroka dan Felda perlu merdeka daripada perjanjian

Peneroka

Peneroka dan Felda perlu merdeka daripada perjanjian.TARIKH 31 Ogos 2021 merupakan tahun ke-64 Malaysia merdeka daripada penjajahan.

Tanah Melayu merdeka setahun setelah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan pada 1 Julai 1956 dengan permulaan modal RM10 juta.

Antara objektif utama Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah mengeluarkan rakyat Tanah Melayu termasuk masyarakat Melayu, Cina dan India untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan memiliki tanah tanaman ladang bertaraf komoditi utama negara sebagai pendapatan untuk menyara kehidupan.

Peserta tanah rancangan Felda dipilih melalui temuduga daripada kalangan rakyat miskin atau yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

Setelah diterima, peserta tanah rancangan Felda akan mengikat janji untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Felda bagi menjamin hak kedua belah pihak.

Perjanjian ini disebut perjanjian asal yang setiasa menjadi panduan oleh Felda dalam menentukan apa-apa dasar baharunya dan memastikan peneroka akur dengan dasar yang akan dilaksanakan.

Peneroka

Kejayaan besar Felda adalah memerdekakan peneroka Felda daripada hutang kos pembangunan dan hutang pinjaman keperluan harian di “kedai” Felda.

Pada 2021 lebih 20,000 peneroka Felda sifar hutang dan berdikari mengusahakan ladangnya sendiri dengan bantuan yang minimum.

Sejak tahun 1996, Felda merdeka apabila kerajaan tidak lagi perlu menyalurkan apa-apa peruntukan dan telah memberi kepercayaan kepada Felda untuk berdiri dengan kewangan sendiri serta menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan.

Setelah melalui beberapa fasa pembangunan, perubahan sosial dan ekonomi, peneroka dan Felda sentiasa menggunakan kertas perjanjian sebagai satu persetujuan perubahan dasar.

Ia termasuklah perjanjian tanam semula, perjanjian pembelian saham dan juga perjanjian penghapusan hutang.

Masalah atau isu sosioekonomi dan ladang peneroka berkenaan hutang serta pengurusan ketika hanya diselesaikan melalui perjanjian demi perjanjian.

Perjanjian hanya mengikat persetujuan atas kertas tanpa pelaksanaan yang lebih mendasar dan visi serta misi yang jelas untuk melangkah ke hadapan.

Peneroka dan Felda perlu merdeka daripada perjanjian dan bergerak ke arah kelestarian yang lebih jelas dengan tindakan yang telus dan beramanah serta kebertanggungjawaban yang tinggi.

Salam kemerdekaan ke-64.

Merdekalah Peneroka dan Felda hari ini dan masa hadapan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/merdekakah-peneroka-dan-felda-dengan-perjanjian-316978

BACA: Polis jadi ‘punching bag’, namun kami ada hati dan perasaan – Ayob Khan

COMMENTS

Wordpress (0)