Penduduk Thailand beralih selera makan daging buaya setelah daging babi naik harga

Penduduk Thailand beralih selera makan daging buaya setelah daging babi naik harga. Penduduk Thailand ketika ini memilih untuk menikmati daging buaya dalam menu harian mereka selepas harga daging babi yang menjadi antara sumber makanan utama rakyat negara ini naik mendadak.

Kenaikan harga daging babi di Thailand ketika ini berpunca daripada penularan Influenza A H1N1 atau lebih dikenali sebagai Selsema Babi.

Situasi itu menyebabkan kekurangan stok daging babi dan penduduk beralih kepada daging buaya sebagai alternatif.

Penduduk Thailand beralih selera makan daging buaya setelah daging babi naik harga

Dalam pada itu, pengusaha ladang buaya mengambil kesempatan untuk mempromosi perniagaan mereka dengan menawarkan jualan daging buaya pada harga yang berpatutan.

Kebanyakan pengusaha menjual daging buaya pada harga 70 hingga 200 baht (RM8-25) sekilogram

Penduduk Thailand menyamakan rasa daging buaya sama seperti ayam, selain mendakwanya lebih sihat kerana mempunyai protein yang tinggi.

Baca Juga : Ramai terkejut dengan berat sebenar awan, nampak macam ringan
Meninggal dunia 5 hari selepas ambil dos penggalak, anak Shebby tampil buat penjelasan
[Video] Tular aksi buaya berenang sambil depa kaki depan, ini sebenarnya berlaku

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)