Penduduk terkejut lihat kelibat buaya, rakaman video jadi tular

Kelibat seekor buaya yang dilihat merangkak di atas jalan di Kampung Nagapas, di sini, mengejutkan penduduk kampung berkenaan, malam semalam.

Penduduk yang melihat buaya sepanjang lebih tiga meter itu turut merakam video reptilia terbabit kira-kira 11.30 malam.

Rakaman berkenaan kemudian tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Penduduk terkejut lihat kelibat buaya, rakaman video jadi tular

BUAYA yang dilihat bergerak di atas jalan di Kampung Nagapas, Papar.

Perakam video Richard L, 52, berkata dia diminta oleh ahli keluarga untuk memeriksa keadaan sungai berhampiran rumah berikutan hujan lebat.

Katanya, ketika menghampiri jambatan sungai berkenaan, dia ternampak seorang lelaki berada di tepi sebuah kereta.

“Saya bertanya sama ada keretanya rosak, lelaki itu memberitahu dia ada melihat seekor buaya di atas jalan kira-kira 50 meter dari tempat kami berdiri.

“Lelaki itu kemudian membawa saya menaiki kereta ke lokasi buaya itu dan sempat merakam reptilia terbabit menggunakan telefon pintar pemilik kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suara dalam rakaman video berkenaan menyebut nama Kampung Rampazan, tetapi sebenarnya lokasi terbabit adalah di Kampung Nagapas.

Katanya, itu adalah kali pertama dia melihat buaya di sungai kecil di kampungnya.

“Tujuan saya menularkan rakaman video berkenaan adalah bagi memaklumkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana ramai penduduk turun ke sungai untuk aktiviti merambat ikan.

“Saya juga menghubungi Jabatan Hidupan Liar untuk mendapatkan bantuan menangkap buaya berkenaan demi keselamatan penduduk di sini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/755693/kelibat-buaya-kejutkan-penduduk

BACA JUGA : Luluh hati anak : Ujian DNA sahkan bukan anak kandung bapa setelah 35 tahun, ibu pernah curang

COMMENTS

Wordpress (0)