Penduduk Melaka mahu projek tambakan tanah di pesisir pantai dihentikan

Penduduk Melaka mahu projek tambakan tanah di pesisir pantai dihentikan

Penduduk di Tanjung Kling, Melaka menggesa kerajaan persekutuan campur tangan untuk menghentikan projek tambakan tanah besar-besaran di pesisir pantai mereka.

Kerja tambakan tanah tersebut adalah sebahagian daripada projek pesisir laut Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 6,070 hektar sejauh 22km dari Umbai ke Tanjung Bruas.

Kerajaan negeri menandatangani perjanjian tersebut dengan LBS Bina Group Bhd pada bulan April untuk kerja penambakan dan pembangunan membabitkan 1,200 ekar (485 hektar) di Tanjung Bruas. Kumpulan itu menandatangani perjanjian tersebut melalui anak syarikatnya Leaptec Engineering Sdn Bhd.

Kesepakatan itu adalah sebahagian daripada fasa pertama projek M-WEZ, namun ia ditentang penduduk di daerah itu kerana bimbang kemungkinan kesannya terhadap alam sekitar dan masyarakat.

“Jawatankuasa perlindungan pesisir pantai Melaka” turut melancarkan petisyen dalam talian menentang projek tersebut, dan kini berjaya mengumpulkan lebih 20,000 tandatangan.

Tan Loon Kah, seorang penduduk juga NGO dan kumpulan lain untuk menghentikan kerja tambakan itu, mempersoalkan daya maju projek tersebut dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada kawasan sekitarnya.

Dia memberitahu FMT, kerja tambakan tanah untuk Melaka Raya sebelum ini mengakibatkan banjir berterusan di Kota Laksamana dan Jonker Street apabila hujan. Dia bimbang banjir seperti itu akan berlaku kepada projek ini.

Tiada lagi pantai awam

“Pantai Puteri adalah pantai terakhir bagi orang Melaka. Banyak keluarga pergi ke sana pada hujung minggu dan, untuk nelayan, ia antara pasar ikan yang paling sibuk di Melaka.

“Kami kehilangan pantai Tengkera, Klebang Kecil dan Klebang Besar, sekarang kita juga akan kehilangannya?” soal lelaki berusia 40 tahun itu.

Tambahnya nelayan akan menjadi antara yang paling teruk terjejas kerana mereka akan kehilangan sumber pendapatan, walaupun sebahagian daripada mereka tidak sedar mengenai projek tersebut. “Biasanya, mereka tahu lambat. Apabila proses kejuruteraan bermula, barulah mereka memprotes. ”

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Harapan telah memberikan jaminan bahawa tidak ada lagi kerja tambakan tanah di Melaka, walaupun projek yang sedang berjalan tidak dapat dihentikan atas alasan undang-undang.

Dia berkata penduduk telah menyatakan kebimbangan mereka kepada bekas ketua menteri Adly Zahari, yang memahami pandangan mereka dan berjanji untuk mengehadkan kerja tambakan di masa depan. Namun, nampaknya ia berubah sebaik bertukar kerajaan.

Seorang penduduk lain, Ahmad Syafiq Afifi, bimbang dengan kesan terhadap ekosistem di pesisir pantai, sambil menambah haiwan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran seperti manusia.

“Manusia boleh berhijrah dari desa ke kota, berdepan kejutan budaya untuk seminggu dua, kemudian serasi pada bulan berikutnya. Tetapi haiwan tidak.

“Anda boleh bina hotel baharu, tetapi anda tidak dapat membina ekosistem baharu. Makhluk yang berbeza hidup pada kedalaman yang berbeza, jika anda ganggu tahap oksigen, tahap pH, tahap bahan organik, ia akan memberi kesan kepada hidupan itu,” katanya kepada FMT.

Pemuda berusia 31 tahun yang menuntut dalam bidang geologi di universiti itu menambah, kerajaan negeri perlu melihat ke arah pembangunan di darat dan bukannya ke arah laut melalui penambakan. “Melaka kini adalah kota bersejarah, tapi nampak gayanya mereka benar-benar mahu semuanya tinggal sejarah,” katanya.

Nelayan nak buat apa sekarang?

ADUN Pantai Kundor, Tanjung Kling Nor Azman Hassan, menentang projek itu namun mengakui tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyekat kerajaan negeri.

Dia memberitahu FMT kebimbangan terbesarnya adalah kehidupan nelayan di sana, kerana projek itu akan memaksa mereka mencari nafkah di tempat lain sekali gus berpotensi mempengaruhi hasil tangkapan mereka.

“Kami pasti tidak bersetuju dengan projek ini. Kerja-kerja penambakan akan mengganggu kawasan pantai, menyebabkan hakisan pasir dan teluk terbentuk. Pokok-pokok itu juga boleh tumbang kerana hakisan.

“Untuk membantu nelayan, kami ada mencadangkan untuk membina ‘kelong’ pelancong yang dapat mereka kendalikan. Terdapat chalet, restoran dan mereka boleh menangkap udang krill dan menternak ikan di sana,” katanya.

FMT diberitahu Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Melaka bahawa jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengkaji laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) akan bermesyuarat pada 7 Mei.

Pengerusinya Vuthy Taing berkata MNS Melaka adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang diketuai oleh jabatan alam sekitar. Sekiranya EIA mendapat persetujuan jawatankuasa, laporan akan dikeluarkan untuk maklum balas orang ramai.

“Buat masa ini kami tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan. Dari segi teknikal, kami akan memberi maklum balas dari segi hidupan liar dan isu-isu alam sekitar, tetapi kami hanyalah satu daripada suara di sana. Dari sana, JAS akan menilai laporan kami, kemudian membuat keputusan. ”

Sementara itu, LBS Bina berkata M-WEZ adalah sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035, sambil menambah bahawa kajian yang berkaitan dan proses pendengaran awam telah dilakukan sebelum ia digazetkan.

Sementara itu, LBS Bina mengatakan M-WEZ adalah sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035, sambil menambah bahawa kajian yang berkaitan dan proses pendengaran awam telah dilakukan sebelum diwartakan.

“Oleh itu, sebarang persoalan seharusnya sudah dibangkitkan dan ditangani ketika fasa pendengaran awam, sebelum rancangan induk M-WEZ dilancarkan,” katanya kepada FMT.

Sambil menegaskan akan memenuhi semua syarat peraturan termasuk EIA dan laporan penilaian impak sosial, ia turut berharap projek itu akan dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk masyarakat setempat.

Berita Penuh :https://sinetronmalaya.com/2021/05/03/rakaman-seorang-lelaki-bercahaya-terang-sedang-solat-di-sebuah-surau-di-kl-pada-pukul-3-15am/

COMMENTS