Penduduk kecoh dengan video tular ular raksasa di kebun

Penduduk

Penduduk kecoh dengan video tular ular raksasa di kebun. Penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan dikejutkan dengan video ular sawa raksasa yang tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan ular sepanjang antara tujuh hingga lapan meter itu ditemui di sebuah kebun dan sedang menyusur masuk ke dalam hutan.

Perkara itu disahkan ketua kampung, Wintono yang memaklumkan mengenai perkara itu kepada media tempatan.

“Lokasinya di sekitar lombong. Jarak dengan rumah penduduk kira-kira satu kilometer. Ular berkenaan panjang sekitar lapan meter,” katanya.

Menurutnya, video berkenaan diambil oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu dua minggu lalu.

Penduduk

Wintono berkata, pemancing itu hanya sempat mengambil video berkenaan selama beberapa saat kerana bimbangkan keselamatan.

Katanya, ini bukan kali pertama penduduk kampung menemui ular raksasa, malah mereka pernah melihatnya ketika musim banjir.

“Sebelum ini ketika banjir di kebun, penduduk pernah melihat ular sawa yang besar.

“Mungkin kerana banjir sedalam satu meter, ular itu mencari tempat lain yang lebih selesa,” katanya.

Wintono berkata, setakat ini tiada kejadian kehilangan haiwan ternakan disebabkan kehadiran pemangsa itu di kawasan berkenaan.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik saja,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/08/747863/sawa-raksasa

BACA: Panas !!! Varian Delta dilapor kini dominan di Sarawak

COMMENTS

Wordpress (0)