120 penduduk kibar bendera putih untuk daftar vaksin

Kira-kira 120 penduduk di kawasan pedalaman wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengibarkan bendera putih kerana mahu didaftarkan vaksin.

Pengerusi Ketengah Razali Idris berkata penduduk yang mengibar bendera putih mengakui terpaksa menggunakan kaedah itu bagi menarik perhatian sukarelawan supaya membantu mendaftarkan nama mereka untuk divaksinasi.

“Sejak penubuhan sukarelawan Ketengah pada 22 Jun lalu, kita berjaya mendaftarkan seramai 25,700 penduduk di kawasan pedalaman sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Daripada jumlah itu, 5,370 orang yang sudah menerima dos pertama vaksin,” katanya menurut laporan Harian Metro.

penduduk

Razli yang ditemui selepas mengadakan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Kuala Berang, Terengganu turut menyumbang satu unit peti sejuk untuk penyimpanan bekalan vaksin Covid-19.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan penduduk terpaksa mengibarkan bendera putih bagi menarik perhatian susulan anggota sukarelawan terlepas pandang kediaman penduduk yang menghadapi kesukaran mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/04/kibar-bendera-putih-bukan-nak-makanan-tapi-mahu-daftar-vaksin/

BACA JUGA  : Bakul makanan dipolitikkan, Rina dikritik lagi

CATEGORIES