Pencuri ini terlelap ketika buat kerja, rupanya rumah ini milik…

Pencuri ini terlelap ketika buat kerja, rupanya rumah ini milik…

Seorang lelaki dipercayai pencuri di Thailand dilaporkan tertangkap selepas tertidur di rumah yang sepatutnya dikosongkannya, lapor Mothership.

Menurut The Thaiger, lelaki yang berusia 22 tahun itu telah dicekup selepas dia tertidur di bilik anak perempuan pemilik rumah tersebut.

Menurut portal The Thaiger, lelaki berkenaan didakwa memasuki rumah tersebut dan mungkin berasa mengantuk, lalu menghidupkan penyaman udara dan terus berbaring di tempat tidur.

Pemilik rumah, yang juga merupakan seorang anggota polis, telah menjumpai lelaki tersebut sedang lena tertidur di atas katil milik anaknya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah memasuki rumah terbabit sekitar jam 2 pagi.

Pada masa itu, pegawai polis tersebut sedang tidur di biliknya.

Semasa pegawai polis itu terjaga, dia telah menyedari bahawa penyaman udara di bilik anak perempuannya yang pada ketika itu tiada di rumah sedang terpasang. Pelik berkenaan perkara tersebut, dia terus memasuki bilik anaknya itu untuk memeriksa.

Pada ketika itulah dia mendapati bahawa terdapat seorang lelaki yang sedang tidur nyenyak, tidur di katil anaknya itu sambil menyelubungkan dirinya dengan selimut milik anaknya.

Pemilik rumah itu terus menjerit kepada penceroboh tersebut yang kemudiannya terjaga dalam keadaan mengantuk dan bingung.

Lelaki itu kini dilaporkan bakal berhadapan dengan dakwaan kecurian dan pecah masuk.

Sumber:https://siakapkeli.my/2021/03/26/siap-hidupkan-aircond-lelaki-ditangkap-tertidur-ketika-didakwa-mencuri-jam-2-pagi-rupanya-rumah-pegawai-polis/