Penat ikut tuan naik kereta, “sampai je rumah terbaring terus..”
Penat ikut tuan naik kereta, “sampai je rumah terbaring terus..”
Haiwan yang comel dan lincah seperti kucing sememangnya sering menjadi pilihan ramai untuk menjadi haiwan peliharaan.
Kehadiran kucing di dalam kehidupan seseorang juga akan memberikan keceriaan kepada pemiliknya kerana kelincahan mereka.
Kucing menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja kerana fizikalnya yang manja, malah sifatnya yang comel dan kadang-kadang nakal dengan telatah mereka membuatkan ramai yang geram dengan mereka. Apatah lagi kalau kucing ini sejenis aktif.
Sebuah rakaman video mengenai seekor kucing berwarna oren tular di laman sosial aplikasi Tik Tok apabila kucing itu menjadi sangat letih sampai ketiduran akib4t seharian keluar dengan pemiliknya.
Telatahnya yang sangat menjaga tingkah laku di dalam kenderaan tersebut itu tentu sahaja sudah membuatkan ramai yang ger4m. Apatah lagi apabila sampai di penghujung video si oyen itu sampai ke destinasi dan terbaring ketiduran seakan sangat keletihan.
Apabila menjengah ke ruangan komen pula, Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur dengan si oyen yang betul-betul nampak keletihan itu.