Penasihat Umum Amanah utus surat rasmi kepada gerakan Islam antarabangsa

Penasihat Umum Amanah utus surat rasmi kepada gerakan Islam antarabangsa

Oleh alFadhil Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Dato’ Seri Ustaz Haji Ahmad bin Awang kepada pimpinan Gerakan Islam Dunia, menjawab segala fitnah dan pembohongan yang terkandung dalam surat yang ditulis oleh YB Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkaitan perkembangan politk di Malaysia bertarikh 22 Mac 2020.

Dimulakan dengan Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونونَ

Wahai orang yang beriman!

Janganlah sesekali sekumpulan dari kamu merendahkan kumpulan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang direndahkan itu adalah lebih baik dari mereka. Dan janganlah sesekali kamu mencela dirimu sendiri dan jangan saling memanggil sesama kamu dengan gelaran buruk. Sesungguhnya seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk setelah seseorang itu beriman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[ al-Hujurat : 11 ]

Dalam kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Tuan-Tuan (Kepimpinan Gerakan Islam Dunia) sekalian kepada surat yg dikatakan pernah dikirimkan kepada Tuan-Tuan oleh YB Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan tajuk: “Gerakan Islah Secara Damai dan Bukannya Revolusi”.

Saya ingin menarik perhatian Tuan-Tuan bahawa surat tersebut yang penuh dengan tuduhan, fitnah dan panggilan buruk serta penjelasan yang tidak berlandaskan bukti nyata.

Apa yang dikesalkan ialah perkara dan isu yang sepatutnya dibiarkan beredar di peringkat dalaman Malaysia; tapi dengan tindakan penghantaran surat itu kepada pimpinan Gerakan Islam Dunia menyebabkan kesannya semakin meluas, hingga ke peringkat antarabangsa.

Pada mulanya saya teragak-agak untuk meyakini bahawa tulisan itu adalah tulisan Abdul Hadi Awang. Namun menyedari sebelum ini beliau pernah beberapa kali berbohong; khasnya tentang kebohongan beliau mengaitkan peribadi besar seperti Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dengan mengatakan bahawa Qaradhawi mengharamkan penubuhan parti Islam baru di Malaysia (Amanah) tatkala sudah adanya parti PAS; di mana terbukti kemudiannya kenyataan itu salah dan satu pembohongan.

Maka ia menambahkan keyakinan saya bahawa surat tersebut adalah memang tulisan Abdul Hadi Awang seperti yang disahkan oleh Jawatankuasa Pimpinan beliau sendiri baru ini.

BACA / Download
Keseluruhan 10 ketetapan yang disusun di sini (Arabic) untuk rujukan kalian,

https://drive.google.com/file/d/18-VXJobC8nEWHDYAf4RM0dAXjNDOTq_P/view?usp=sharing

Bersama kenyataan media YB Khalid Samad, Pengarah Komunikasi AMANAH sebelum ini;

[ Parti Amanah Negara ]Kenyataan Media Parti Amanah Negara (AMANAH) berkaitan surat berbahasa 'arab yang berlegar di…

Posted by Ahmad Sayuti Bashiron on Sunday, April 5, 2020