Penampilan terkini Lisa Surihani jadi bualan orang ramai

Penampilan terkini Lisa Surihani jadi bualan orang ramai

Penampilan terkini Lisa Surihani jadi bualan orang ramai. Aktres jelita, Lisa Surihani baru-baru ini mendapat perhatian wargamaya apabila penampilan terkini yang dilihat sopan mendapat pujian.

Baru baru ini, Datin Lisa Surihani memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya menghadiri sebuah majlis pengisian ilmu dan ramah mesra yang dianjurkan oleh penyanyi terkenal, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Dalam rakaman tersebut memaparkan Lisa mengenakan jubah berwarna gelap. Penampilan pelakon itu juga tampak sopan tanpa sebarang solekan. Lisa juga menulis sepotong hadis di ruangan kapsyen perkongsian tersebut.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketaqwaan), Al-‘Afaaf (terjaganya kehormatan) dan Al-Ghinaa (rasa cukup). (HR Muslim No 2721 dari sahabat Abdullah bin Mas’ud RA).

Penampilan Lisa pada malam itu mendapat pujian wargamaya. Difahamkan, majlis ilmu tersebut juga turut dihadiri beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Nora Ariffin, Erra Fazira, Neelofa, Lisdawati, Betty Banafee dan beberapa selebriti lain.

Penampilan terkini Lisa Surihani jadi bualan orang ramai

Lisa mula tampil berhijab pada pertengahan tahun 2019 sebaik pulang daripada mengerjakan umrah. Lisa telah mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abd Halim yang juga anggota KRU pada 23 Februari 2012.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Sejuk mata memandang

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja dengan penampilan sopan Lisa Surihani. Ada juga yang mendoakan pelakon itu agar sentiasa istiqamah.

BACA:

Kecoh di mahkamah, jurugambar hentak kamera di kepala peguam Samirah

‘Adibah Noor tiba-tiba mesej nak bantu’, pemuda kenang kisah pemurah arwah

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)