PENAMATAN AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG NEGERI ADALAH TINDAKAN GELOJOH.
Penamatan serta merta perkhidmatan Ahli Jemaah Pengarah di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) seluruh Malaysia pada tarikh 15 April 2020 menunjukkan kerajaan Gelojoh dalam membuat keputusan.
Sepatutnya kerajaan fokus kepada isu yang utama ketika rakyat sedang bertarung dengan wabak Covid19 yang melanda di negara kita.
Penamatan ini membuktikan kerajaan hanya sibuk berpolitik dan tidak meletakkan kepentingan rakyat lebih utama. Sikap gopoh dan gelojoh ini menunjukkan agenda sempit kerajaan PN untuk mendapatkan sokongan.
Penamatan ini jelas akan menjejaskan perjalanan operasi PPN dalam mengurus perniagaan serta gaji kakitangan lantikan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) itu sendiri, tindakan ini juga secara tidak langsung mengabaikan kebajikan kakitangan PPN yang mana sedia maklum sekarang rakyat dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ke-3.
Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan terima kasih dan perhargaan yang tiggi di atas tugas sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri walaupun perkhidmatan yang singkat. Semoga Setiap khidmat yang diberikan akan mendapat ganjaran dan pahala di sisi Allah s.w.t.
Mohd Syamsul Bin Alauddin
Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani
Pemuda AMANAH Negeri Perak
16 April 2020