Pemuda Umno bidas sikap angkuh Pemuda Pas

Pemuda Umno bidas sikap angkuh Pemuda Pas.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta agar Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari tidak bersikap angkuh dengan menyatakan Pas dan Perikatan Nasional (PN) masih mampu menggugat kubu Barisan Nasional (BN) di Melaka.

Asyraf Wajdi berkata, Pas sebelum ini sering kali menyebut mahu melawan DAP dan Pakatan Harapan (PH), malah kenyataan seumpama itu membuatkan ramai pihak keliru.

Justeru, beliau mempersoalkan siapakah musuh sebenar Pas ketika ini.

Beliau berkata dalam satu laporan sinair harian ,“Patutnya tidak perlulah bernada angkuh nak gugat kubu kuat BN atau tidak. Lagipun bukankah Pas berulang kali sebut nak lawan DAP-PH? Kenyataan sebegini buat kita jadi keliru, musuh Pas ni siapa sebenarnya?” Soalnya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ahmad Fadhli yang mana Pas dan PN masih mampu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, biarpun dilabel ‘underdog’ termasuk dijangka tewas di semua kerusi ditandingi.

pemuda

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ahmad Fadli berkata, PN merampas dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi BN dan DAP sebelum ini, manakala Pas pula merampas kerusi DUN Serkam dengan majoriti tipis 79 undi serta mencatatkan pertambahan undi di semua kawasan ditandingi kecuali Duyong.

Pada Sabtu, BN berjaya membolos 21 daripada 28 kerusi DUN dalam PRN Melaka sekali gus membolehkan parti tersebut membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Sementara PH pula menang di Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN hanya menang di Sungai Udang dan Bemban.

Asyraf Wajdi berkata lagi, sekiranya Pas menerima pelawaan UMNO sebelum ini, sudah tentu parti itu mempunyai wakil di tiga DUN dengan mudah.

“Ini termasuk DUN Bukit Katil yang sejak dari awal ditawarkan UMNO bagi mengalahkan musuh tradisi iaitu Perikatan Nasional (PN),” katanya.

BACA: Kes Zahid tangguh lagi, peguam pula sakit Gout

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 4 days

    Its wonderful as your other content : D, thankyou for posting.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA: Pemuda Umno bidas sikap angkuh Pemuda Pas […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Pemuda Umno bidas sikap angkuh Pemuda Pas […]