Pemuda Singapura bahagia dapat cari rezeki di Malaysia, ini kisah ramai tak tahu

Pemuda Singapura bahagia dapat cari rezeki di Malaysia, ini kisah ramai tak tahu

Pemuda Singapura bahagia dapat cari rezeki di Malaysia, ini kisah ramai tak tahu. Seperti yang sedia tahu, Malaysia dan dunia kini sedang dilanda krisis ekonomi yang membimbangkan dengan kenaikkan kadar inflasi dan sebagainya. Oleh itu, mungkin ramai diantara kita telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan dengan melakukan kerja lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

Ada juga yang memilih untuk merentas sempadan dan bekerja di luar seperti Singapura dengan bayaran gaji yang lebih tinggi berbanding bekerja di negara sendiri.

Walau bagaimanapun, keperluan setiap manusia itu berbeza-beza, ada orang mencari pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi dan ada juga mencari pekerjaan yang boleh memberikan kebahagian serta ketenangan setiap hari.

Begitulah kisah seorang pemuda dari Singapura ini yang memilih bekerja di Malaysia kerana mahukan keseimbangan bekerja dan kehidupan (work-life balance) meskipun mengakui pekerjaan di negaranya menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Hasan Ithinin berkongsi hal tersebut menerusi laman Tik Tok miliknya baru-baru ini mengenai perspektif rakannya itu yang dikenali sebagai Hayyum.

Pemuda Singapura bahagia dapat cari rezeki di Malaysia, ini kisah ramai tak tahu

Menurut Hayyum, dengan bekerja di Malaysia, dia mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan berbanding bekerja di Singapura yang memberikan lebih banyak tekanan dan tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Katanya lagi, dia tidak kisah bekerja di Malaysia yang menawarkan gaji yang lebih rendah, asalkan dapat menikmati kehidupan bersama isteri dan anak-anaknya dengan lebih selesa.

Perkongsian pemuda tersebut ternyata memberikan perspektif baharu kepada sebahagian warga maya. Ada yang berkongsi, selama ini ramai yang melihat gaji yang tinggi sebagai keutamaan ketika mencari pekerjaan, rupanya ada juga individu di luar sana yang mahukan perkara lain sebelum memutuskan pekerjaan mana yang mahu dicari.

@hasanithnin Kerja Malaysia @ Singapore??? #kerja #malaysia #singapore #realstory #realexperiences #reallife #fyp #fypシ ♬ original sound – Hasan Ithnin

BACA:

Kedai Bubblebee Shuib berkecai kena rempuh MPV

Tabung Haji beri keutamaan kepada jemaah tahun 2020

Netizen perasan muka Hael makin pelik, ‘dah macam pondan pun ada’

CATEGORIES