Pemuda Pas puji Muhyiddin tak terima imbuhan sebagai berjiwa besar

Pemuda PAS

Pemuda Pas puji Muhyiddin tak terima imbuhan sebagai berjiwa besar. Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang pemimpin berjiwa besar apabila menerima pelantikan tanpa mahu menerima segala bentuk imbuhan.

Ketua Pemuda PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin berkata, perkara itu membuktikan ketokohan beliau sebagai seorang yang akan memimpin agenda besar setelah lebih setahun negara berperang menentang Covid-19.

Katanya, beliau berdoa agar Allah SWT sentiasa membimbing Muhyiddin dalam membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk Malaysia.

“Terima kasih Tan Sri kerana memberikan contoh yang baik untuk ahli politik senior yang lain dan juga kami yang junior ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Pemuda PAS

Terdahulu, media melaporkan Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Mohd Zuki dalam kenyataannya berkata, pelantikan Muhyiddin diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada 1 September lalu dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin dalam satu kenyataannya mengesahkan beliau sedia menjalankan tugas sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Muhyiddin juga menegaskan, kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan merupakan amanah untuk beliau meneruskan segala usaha dan perancangan yang dimulakan sebelum ini bagi memulihkan negara daripada kesan wabak Covid-19.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/09/05/terima-lantikan-tanpa-imbuhan-muhyiddin-berjiwa-besar-pemuda-pas/

BACA: Sanggup ‘sogok’ RM10,000 pemandu ambulans untuk rentas negeri balik kampung