Pemuda Pas bengang dengan sikap ahli parlimen PN yang menyepi bila Anwar umum cukup majoriti

Seorang pemimpin Pemuda Pas tampil melalui status Facebooknya mempertikai sikap ahli-ahli parlimen kerajaan yang dilihat seperti tidak menyatakan sokongan kepada kerajaan sekarang susulan pengumuman terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Pemuda Pas yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas itu menulis “Tidak sepatutnya MP2 yg ada dlm kerajaan bersikap telunjuk lurus kelingking berkait dlm isu DSAI yg dikatakan akan mengadap Agung. Ini masanya menyatakan solidariti kpd kerajaan, bukan berbolak balik ke Timur tidak, ke Barat pun tidak. Rakyat semakin cerdik menilai.”

Tulisan itu dipercayai ditulis ekoran sikap berdiam diri majoriti ahli parlimen kerajaan PN sekarang setelah Anwar menyatakan telah mendapat sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam Anwar dilaporkan telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menghadap pada 13 Oktober 2020 bersamaan Selasa ini.

Dipercayai pertemuan itu adalah untuk Anwar menyerahkan senarai sokongan yang diterima oleh beliau bagi membentuk kerajaan baharu dengan majoriti yang lebih kukuh dan kuat berbanding kerajaan PN sekarang.

Isu peralihan kerajaan sekali lagi ini menjadi hangat apabila Anwar telah mengadakan sdiang media tergempar sebelum PRN Sabah yang lepas bagi menyatakan telah mendapat sokongan dan menunggu masa untuk menghadap YDP Agong.

Walaubagaimanapun jadual asal pertemuan terpaksa ditangguhkan setelah YDP Agong dirawat di IJN atas masalah kesihatan ketika itu.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)