Pemuda OKU jadi mesin ATM bekas kekasih, tiap bulan kena kikis!

Oleh NADIA HARON

Menguruskan ahli keluarga dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan cabaran yang besar.

Seorang wanita telah berkongsi kisah tentang adik lelakinya yang berusia 25 tahun, seorang OKU yang lembam

Dia yang didakwa terpengaruh dengan rayuan bekas teman wanitanya.

Melalui perkongsian di dalam grup Tanya Peguam di Facebook, wanita tersebut mengatakan bahawa adiknya sedang memindahkan kesemua pendapatan hasil kerjanya di sebuah pasar raya kepada bekas kekasihnya setiap bulan.

“Adik saya ni memang dari kecil jenis lembam tapi famili tak pernah dapatkan rawatan yang betul. Dia kenal seorang perempuan ni masa belajar lima tahun lepas.

Pemuda OKU jadi mesin ATM bekas kekasih, tiap bulan kena kikis!

“Daripada zaman belajar perempuan ni selalu minta duit dekat adik saya. Adik akan bagi segala apa yang dia ada. Hal ni berlarutan walaupun selepas adik habis belajar dan budak perempuan tu pun sudah bercinta dengan orang lain.

“Tapi dia masih minta duit daripada adik saya. Adik sebelum ni kerja di restoran makanan segera. Kita kasihankan dia selalu sakit-sakit badan sebab angkat berat. Tapi selepas dapat gaji je dia akan transfer dekat budak perempuan tu,” kata si kakak.

Lebih menyayat hati, wanita tersebut menyatakan bahawa adiknya lebih cenderung memberi wang kepada bekas kekasihnya daripada kepada ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Dengan tegas, wanita tersebut mengatakan bahawa usaha keluarga mereka untuk menasihati adiknya agar tidak terus dimanipulasi oleh bekas kekasihnya telah diabaikan.

Yang menjadi kekecewaan adalah bahawa adiknya itu tidak mempunyai simpanan peribadi untuk masa depannya, walaupun telah bekerja untuk jangka masa yang lama.

“Setiap bulan dia akan transfer RM500 hingga RM1,000 kepada budak tu. Untuk diri sendiri, adik saya berjimat-jimat belanja antara RM100 hingga RM200 sebulan. Dekat mak saya ni hulur RM50 hingga RM100 je.

“Kita ni bukanlah nak duit dia, cuma geram berapa tahun kerja tapi duit habis macam tu je tak fikir pasal simpanan”

“Padahal mak saya ni dah 20 tahun jadi ibu tunggal… besarkan lapan orang anak. Saya satu famili dah penat nasihat, marah adik saya ni tapi dia tak dengar cakap.

“Kita ni bukanlah nak duit dia, cuma geram berapa tahun kerja tapi duit habis macam tu je tak fikir pasal simpanan. Sekarang ni, adik saya duduk dengan mak, tak ada tanggungan sebab motor pun kakak dia yang bagi,” ujarnya.

Tidak lagi sanggup menanggung dan menyaksikan apa yang sedang berlaku, wanita ini meminta pandangan orang ramai mengenai cara yang sah dan selaras dengan undang-undang untuk menghentikan masalah tersebut.

“Saya nak tanya ada tak apa-apa cara daripada segi legal yang saya boleh buat dekat budak perempuan tu? Saya dah pernah jumpa mengamuk dengan budak perempuan tu.

Ulasan seorang peguam berikutan masalah dialami pengadu.

“Serius budak tu sangat biadab, jenis tak ‘makan saman’. Tapi adik pun jenis tak dengar cakap. Buntu kami sekeluarga,” katanya.

Hantaran tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen yang juga tidak bersetuju dengan perlakuan bekas kekasih adiknya yang menganiaya lelaki tersebut.

Turut memberikan pandangan ialah peguam syarie, Adib Saat, yang mencadangkan agar wanita tersebut memperoleh perintah mahkamah.

“Boleh minta perintah mahkamah untuk uruskan duit adik. Tapi kena ada bukti yang mengatakan adik adalah OKU mental berdasarkan Akta Kesihatan Mental,” jelas peguam berkenaan.

BACA: Enam tahun kerja di kedai fotostat, rupanya lelaki ini lulusan PhD