Pemuda ini perasan sesuatu yang pelik ketika layari google earth, terjumpa pesawat misteri 4 sayap

Pemuda ini perasan sesuatu yang pelik ketika layari google earth, terjumpa pesawat misteri 4 sayap

Lelaki terjumpa pesawat misteri 4 sayap sewaktu layari Google Earth.

Seorang pengguna aplikasi pemetaan, Google Earth mendakwa menemui sebuah pesawat mempunyai empat sayap dan empat enjin di landasan sebuah lapangan terbang komersial yang sibuk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesawat tidak masuk akal itu didakwa merupakan hasil kerja makhluk asing dalam satu hantaran di saluran YouTube, UFO Sightings Daily.

[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Pemuda ini perasan sesuatu yang pelik ketika layari google earth, terjumpa pesawat misteri 4 sayap

Lelaki terjumpa pesawat misteri 4 sayap sewaktu layari Google Earth.

Pengguna berkenaan, Scott C Waring mendakwa pesawat ganjil itu dikesan pada koordinat 47°26’29.99 Utara dan 122°18’20.19 Barat. Ia menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Washington.

Bagaimanapun, pesawat pelik itu tidak lagi kelihatan dipercayai berpunca daripada imej satelit Google Earth yang dikemas kini.

“Objek ini tidak seperti mana-mana pesawat yang saya pernah lihat,” katanya.

Scott mendakwa bahawa gambar itu tulen tanpa sebarang manipulasi.

“Kita mendengar banyak laporan tentang objek terbang tidak dikenali (UFO) menyamar sebagai komet, kapal angkasa SpaceX termasuk menyamar sebagai pesawat supaya ia boleh terbang tanpa menarik perhatian,” katanya.

Sejak dimuat naik pada Ahad lepas, rakaman video itu sudah mencatatkan lebih 2,000 tontonan dengan rata-rata netizen berdebat sama ada imej itu berpunca daripada masalah rakaman satelit dan bukan perbuatan makhluk asing.

Tonton:

Berita Lain:

Diana Rafar dedah perangai sebenar Zamarul, “dah tak tahan rasa macam nak bercerai!”

Akhirnya terdedah pilot misteri yang berjaya tembak 10 jet Rusia

“Akakkk..akakkk….”, sayu dengar panggilan burung ni, terpaksa berpisah dengan tuannya

[/bg_collapse]