Pemuda dakwa nampak arwah rakan sehari selepas dikebumikan

Pemuda Kongsi Ternampak ‘Benda’ Depan Mata Sehari Lepas Tolong Usung Jenazah Kawan.Antara perkara yang menakutkan bagi segelintir orang adalah kawasan tanah perkuburan. Apatah lagi ia sering dipaparkan dalam drama mahupun filem sebagai lokasi mistik lagi menyeramkan.

Bercakap mengenai perkara ini, seorang pengguna Facebook, Fakhrull Hilmy ada berkongsikan kisah dengan mendakwa ternampak bayangan ‘arwah rakannya’ sehari selepas membantu menguruskan jenazah tersebut. Apabila diceritakan pengalaman tersebut kepada keluarganya, ada yang mengaitkannya dengan ‘badi mayat’ dan ada juga yang mengatakan arwah datang melawat.

Cuti sabtu ahad, balik rumah family saja cerita kat diorang pasal mimpi tu. Ada yang kata badi mayat. Ada jugak yang kata, arwah datang melawat. Wallahualam, aku tak berapa tau sangat benda2 macam ni.

Nak tahu kisah selanjutnya? Jom ikuti perkongsian Fakhrull dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia seperti di bawah ini.

Diikut makhluk lepas pulang dari tanah kubur

Pemuda
Kejadian tahun 2014. Dapat berita kawan meninggal kemalangan. Kawan tak berapa rapat kenal-kenal gitu je. Jenazah dari pantai timur bawak balik ke rumah family di Selangor pasal arwah belajar kat sana.

Jenazah sampai dah petang dalam pukul 6 petang macam tu. Hati tergerak nak tolong usung jenazah bawak masuk rumah. Settled solat semua dalam 6.30 macam tu, terus bawak ke kubur.

Jenazah selamat dikebumikan dalam 7 lebih nak dekat Maghrib. Nak dijadikan cerita, balik je dari kubur tu, aku takdan bersihkan diri mandi apa semua, tukar baju pun tak. Lepas solat terus gi lepak dengan member. Lepas lepak balik terus tidur pasal esok kerja pagi.

Malam esoknya baru kejadian tu bermula. Aku kerja Shah Alam, bos bagi apartment tapi duduk sorang je. Tidur malam tu, aku termimpi arwah dalam keadaan berbungkus, dia berdiri tegak je tengok aku takde cakap apa.

Aku terus terjaga sebab mimpi tu. Tapi benda tu ada, depan mata. Dia berdiri celah dinding, nampak separuh badan je.
Nampak samar-samar pasal tak buka lampu, harap cahaya dari tingkap je. Lepas tenung seminit dua macam tu, memang sah benda tu. Terus tarik selimut buat-buat tidur sampai esok pagi.

Malam kedua, tidur bukak lampu. Tapi masih dapat mimpi yang sama. Bila terjaga memang ada benda tu jelas sebab lampu terbukak terang, benda tu berdiri celah dinding nampak separuh badan. Macam biasa tarik selimut buat-buat tidur sampai tertidur betul pasal penat sangat kerja.

Mimpi dengan realiti tu berterusan hampir seminggu jugak la. Sampai aku tak tahan, aku keluar dari rumah tu pindah rumah makcik. Start pindah tu alhamdulillah tak kena kacau dah. Mimpi pun tak.

Cuti Sabtu Ahad, balik rumah family saja cerita kat diorang pasal mimpi tu. Ada yang kata badi mayat. Ada jugak yang kata, arwah datang melawat. Wallahualam, aku tak berapa tau sangat benda-benda macam ni.

Lepas pada pengalaman tu, aku ada rasa takut sikit nak ke kubur bila ada orang meninggal. Haritu saudara meninggal pun kejap je kat kubur, balik tu terus mandi bersihkan diri. Cabut pakaian terus basuh.

Sekian pengalaman saya. Maaf kalau penulisan berterabur.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/08/dia-berdiri-tegak-je-tengok-aku-lelaki-kongsi-ternampak-benda-depan-mata-sehari-lepas-tolong-usung-jenazah-kawan/

BACA: Kedah pun tak ada dominan, dia boleh jatuh bila-bila – Razman

COMMENTS

Wordpress (0)