Pemuda Amanah gesa Pemuda PH fokus hadapi PRU-15, perkukuh jentera

Pemuda Amanah gesa Pemuda PH fokus hadapi PRU-15, perkukuh jentera

Alhamdulillah, hari ini berlaku satu lagi sejarah apabila Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah memutuskan bahawa Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Saudara Shazni Munir Mohd Ithnin dilantik sebagai Ketua Pemuda Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan selangkah lagi menunjukkan kematangannya apabila mengiktiraf rakan anggotanya. Seperti kita sedia maklum, Pengerusi Pakatan Harapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Ketua Pemuda Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara. Ketua Wanita Pakatan Harapan kemungkinan daripada Parti Demokratik Rakyat. Maka hal ini menjadikan parti rakan dalam Pakatan Harapan sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Polemik dalam pemilihan Ketua Pemuda Pakatan Harapan telah berlaku beberapa minggu yang lalu. Perkara ini lumrah dalam arena politik kerana setiap parti merasakan Ketua Pemuda parti masing-masing layak diketengahkan.

Hari ini, keputusan telahpun dibuat di kala Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan sebagai signal bahawa jentera pemuda perlu segera diperkemaskan kerana undi anak muda menjadi penentu besar Pilihanraya Umum ke-15.

Justeru, ayuhlah kita semua menghentikan polemik ini dan masanya untuk kita bergerak ke depan memandangkan Pilihanraya Umum ke-15 semakin hampir.

ASMAALIFF ABDUL ADAM
Pengarah Pilihanraya Pemuda AMANAH Nasional

Sumber :