Pemuda Amanah akan tanggung kos pemulihan remaja dimandikan ala jenazah

Pemuda Amanah akan tanggung kos pemulihan remaja dimandikan ala jenazah. Pemuda Amanah memberi komitmen untuk membantu remaja lelaki yang dimandikan seperti “jenazah”, memulihkan kesan dadah dengan menanggung kos pemulihan remaja itu ke pusat rawatan dan pemulihan sejurus bebas daripada penjara.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pusat pemulihan yang menekankan pendidikan agama Islam untuk merawat, memulihkan dan mendidik remaja terbabit, seperti diminta keluarganya.

Pemuda Amanah akan tanggung kos pemulihan remaja dimandikan ala jenazah

Baca Juga : Panas !!! Datuk remaja kena mandi jenazah akhirnya bersuara

Katanya, beberapa pusat yang dikenali pasti termasuk Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) di Hulu Langat.

“Pemuda Amanah akan menanggung kos masuk dan yuran bulanan adik Daniel Iskandar untuk sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga beliau pulih,” katanya kepada FMT selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga remaja itu di Kampung Damai, Kuang, Selangor, semalam.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Sany Hamzan.

Sementara itu, ibu Daniel, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jas berkata ramai yang cuba menawarkan pekerjaan kepada anaknya namun terpaksa ditolak secara baik.

Katanya, tumpuan mereka ketika ini untuk “memberi perhatian” terhadap penyalahgunaan dadah dan memberi semangat baru kepada mereka.

“Ramai yang hubungi kami, (nak) bagi (Daniel) macam-macam kerja…buat rumah, jaga kedai runcit…tetapi kami terpaksa bertolak kerana kami mahu Daniel fokus dalam pemulihan dan selepas itu sambung belajar dalam kemahiran,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar, mengesahkan remaja berkenaan kononnya mendakwa hendak membeli ubat untuk datuknya adalah tidak benar, sebaliknya mencuri tabung masjid untuk mendapatkan bekalan dadah.

Baca Juga : Imam mandikan pencuri tabung letak jawatan

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mencuri untuk mendapatkan dadah, bukan untuk membeli ubat datuknya seperti tular di media sosial. Remaja itu didapati terlibat dengan dadah sejak setahun lalu,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Daniel, 19, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Isnin lalu, video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti “jenazah” selepas ditangkap kerana mencuri tabung di Masjid Al Islahiah Kuang, Rawang pada 11.58 malam, 8 Jan lalu.

Dia turut dilumur dengan kapur barus oleh ahli pengurusan masjid dan diawasi oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Baca Juga : Doktor Kontrak tidak layak terima biasiswa HLP – Timb Menteri
Ini tanda-tanda dan kesan akibat seseorang ambil syabu

Artikel ini disiarkan pada 15/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)