Peminat teruja drama Puteri Reunion kembali lagi di TV
Kalau bercerita mengenai drama tempatan dulu-dulu, sudah pasti pelbagai karya akan bermain di fikiran kita.
Salah satu yang paling mengimbau kenangan adalah drama ‘Puteri’ lakonan Nora Danish yang sentiasa mengisi masa petang masyarakat.
[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
View this post on Instagram
Sudah pasti gelagat lucu serta tagline “kita enjoy‘ akan kekal diingati sampai bila-bila.
Setelah lebih 15 tahun lamanya, Alhamdulillah we are back…’Puteri Reunion’
Walaupun dah lebih 15 tahun berlalu, akhirnya drama ‘Puteri Reunion’ bakal kembali semula menemui peminat tanah air.
Menerusi perkongsian Nora Danish di laman Instagram, jelas terpancar kegembiraan pada wajahnya selepas karya yang menaikkan nama pelakon itu di industri hiburan akan ditayangkan kembali dengan siri terbaharu.
Turut sama terlibat iaitu pelakon Beego, Kenchana Dewi serta Nina Fazurina.
View this post on Instagram
Sedang sibuk dalam proses pengambaran, bakal ditayangkan pada Aidilfitri akan datang
Dalam pada itu, Beego dan Kenchana Dewi juga tidak terlepas untuk berkongsikan berita gembira itu kepada para pengikutnya di media sosial.
Mereka dilihat sedang sibuk terlibat dalam proses penggambaran drama berkenaan yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri akan datang.
Bagaimanapun, teki-teki mengenai penglibatan pelakon lain juga masih tidak diketahui.
Tak sabarnya nak tengok cerita that i grew up with, Alhamdulillah semoga dipermudahkan
@kanchanasecretskincare #fpy #hello_tiktok #tv3 #tv3malaysia #malaysiantiktok #tiktokmelayu🙏🙏🙏 ♬ original sound – kanchanasecretskincare
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja serta tidak sabar untuk menantikan drama nostalgia berkenaan.
Malah, mereka juga berharap agar segala proses pembikinan karya terbaharu tersebut dipermudahkan.
Tonton:
BACA JUGA:
Gambar model sedan terbaru Perodua ‘bocor’, ramai yang teruja!
Kak Long 7E buat hal lagi, kali ini ejek orang OKU pula
Pemuda ini perasan sesuatu yang pelik ketika layari google earth, terjumpa pesawat misteri 4 sayap
[/bg_collapse]