Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad

Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad

Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad. Nama pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan warganet di media sosial selepas tular foto berdua dengan seorang wanita di aplikasi TikTok.

Jangan tag dia

@diyya.eqa Jangan tag dia #fyp #fypシ #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair ♬ เสียงต้นฉบับ – chinese

Menerusi akaun @Diyya.eqa, wanita itu memuat naik foto bersama Sharnaaz ketika berada dalam sebuah kapal terbang.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pramugari apabila dilihat memakai busana kebaya sebuah syarikat penerbangan.

Peminat dedah pramugari ini kekasih Sharnaaz Ahmad

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian dengan mendakwa wanita itu adalah kekasih kepada aktor berumur 37 tahun.

Malah, ada yang mengaitkan dengan video Jebat Jayden kantoikan pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ketika ditanya soalan ‘Baba ada girlfriend ke?’

Follow di Instagram

Hasil pemerhatian OhBulan!, wanita terbabit dan pelakon drama I Promise Janji Anaqi saling mengikuti (follow) di Instagram (IG).

Untuk rekod, Sharnaaz dan usahawan, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

BACA:

Muka Heliza Helmi akan terpapar di papan iklan besar di seluruh jalan

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

Risalah “Undi PAS masuk syurga”, ini respon Fadhli

CATEGORIES