Pemimpin Pas tepis idea ajak pembangkang masuk kerajaan

Pemimpin Pas tepis idea ajak pembangkang masuk kerajaan. Ucapan sulung Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak pembangkang bersama kerajaan memulihkan negara bukan ke tahap melantik mereka ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berpandangan, ajakan itu sekadar menyertai majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan sebagai anggota bukan berjawatan pengerusi.

“Memang Ismail Sabri ada menyentuh isu penglibatan pembangkang dalam proses pemulihan negara dalam ucapan sulungnya.

pemimpin

BACA JUGA : Panas !!! Ismail Sabri diberi amaran, jangan lantik 15 pengkhianat

“Tetapi, tidaklah sampai menjemput Ketua Pembangkang menjadi Timbalan Perdana Menteri atau bekas Menteri Kesihatan dari Amanah kembali menjadi Menteri Kesihatan sebagaimana cuba dimainkan blok pembangkang.

“Tiada pun amalan memasukkan pembangkang dalam Kabinet di negara demokrasi lain,” katanya.

Petang Ahad lalu, Ismail Sabri menerusi ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, antara lain menyatakan, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti.

BACA JUGA : Panas !!! SOP rombongan Ismail Sabri ke Kedah dipertikai ramai

Justeru, beliau ingin menawarkan peluang kepada kepimpinan pembangkan untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Menurut Roslan Shahir, itulah bentuk kerjasama rentas parti yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri kesembilan.

Oleh itu, katanya, pimpinan pembangkang yang ikhlas dan mahu bersama kerajaan terlibat dalam proses itu boleh menyertai MPN atau jawatankuasa yang dimaksudkan dengan persetujuan Perdana Menteri bukannya menjadi pengerusi tetapi anggota.

BACA JUGA : Hari pertama Ismail Sabri yang gagal

Beliau berharap, pembangkang menyambut tawaran itu dengan hati terbuka dan berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif, bukan mengadu-domba serta menghasut rakyat.

“Tak perlulah menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Kabinet seperti heboh ditularkan aktivis media sosial mereka kerana ia memang tidak munasabah dan memalukan,” katanya.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/24/kerjasama-rentas-parti-bukan-bermakna-tpm-milik-pembangkang-roslan/

COMMENTS

Wordpress (0)