Pemimpin Pas ‘perlekeh’ kitab Injil, NGO Sarawak lapor Polis

Beberapa ahli NGO Sarawak membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan dakwaannya kitab Injil dipinda pada minggu lalu.

Ahli Gerakan Mengubah Sarawak (MoCS), Mike Lim, Robert Ho dan Edmund Lee membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pagi tadi. Mereka ditemani penasihat undang-undang gerakan itu, See Chee How.

“Kami bersama Persatuan Gereja Sarawak, Persekutuan Kristian Malaysia dan semua penganut Kristian menuntut Zawawi memohon maaf atas kenyataannya,” kata Lee selepas membuat laporan polis itu.

“Kami menggesa beliau menarik balik kenyataannya di Parlimen pada 26 Ogos lalu. Kami turut menggesa polis dan pihak berkuasa berkaitan menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/03/ngo-sarawak-lapor-polis-berkait-komen-kitab-injil-pemimpin-pas/