Pemimpin Pas ingatkan kerajaan soal halal, haram pendapatan negara

Pemimpin Pas ingatkan kerajaan soal halal, haram pendapatan negara. Sebarang bentuk perjudian, sama ada besar atau kecil atau dilakukan secara kerap atau jarang-jarang tetap haram.

Ini jelas disebut dalam al-Quran, iaitu surah Al-Baqarah (219), An-Nisa’ (29) dan Al-Maidah (90), apabila Allah SWT berfirman mengharamkan judi.

Ketua Penerangan PAS Johor, Rusman Kemin, berkata perlakuan judi bukan sahaja diharamkan dalam Islam, bahkan dalam agama lain.

Pemimpin Pas ingatkan kerajaan soal halal, haram pendapatan negara

“Kami mengingatkan kerajaan, terutama Kementerian Kewangan supaya lebih sensitif berhubung hasil pendapatan negara, ia mesti mengambil kira soal halal dan haram.

“Setiap kegiatan ekonomi dan pendapatan negara mesti meletakkan nilai keberkatan dan redha Allah SWT di hadapan melebihi keuntungan dunia semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika menjawab soalan bertulis di Parlimen memberitahu kerajaan meluluskan judi cabutan khas 22 kali setahun.

Rusman berkata, PAS Johor bersependapat dengan pimpinan PAS lain yang tidak bersetuju dengan perkara penambahan slot judi khas tersebut.

Berita Penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/26/pendapatan-negara-mesti-ambil-kira-soal-halal-haram/

BACA JUGA : Polis wanita ‘dibayar’ RM10,000 untuk lepaskan 2 tahanan dalam perjalanan ke penjara

COMMENTS

Wordpress (0)