Pemimpin Pas anggap tiada keperluan sidang khas bincang bencana banjir

Pemimpin Pas berpandangan tidak perlu diadakan sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir seperti yang dicadangkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah, tumpuan sepatutnya diberikan dalam usaha memulihkan kehidupan selepas banjir.

“Buat apa saya tak tahu, apa maksud dia nak buat special meeting (Dewan Rakyat)? Sebab banjir ini fenomena tahunan. Berlakunya teruk atau tidak, Kelantan setiap tahun banjir.

“Bagi saya buat apa nak buat special sitting, yang penting selesaikan dulu (masalah) mangsa banjir. Itu penting, macam 2014 di Kelantan itu berlaku 50 tahun sekali,” katanya di sini hari ini.

Pemimpin Pas anggap tiada keperluan sidang khas bincang bencana banjir

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahmad Zahid berhubung cadangan diadakan sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir.

Ahmad Zahid berpandangan sidang khas Dewan Rakyat boleh dijadikan platform untuk mengutarakan pandangan bagi membantu kerajaan menangani dan menghadapi bencana banjir.

Mohd Amar bagaimanapun berpendapat soal pengurusan dan koordinasi banjir mungkin boleh ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan pengalaman yang lalu.

Banjir yang melanda Selangor dan sebahagian Pahang baru baru ini di luar jangka yang menyebabkan banyak pihak terkejut.

Baca Juga : Panas !!! Nik Amar salahkan ahli Pas jadi agen sebar ‘fitnah’ pembangkang
Nelayan temui kotak terapung di lautan, rupanya dipenuhi ipad dan macbook
Didakwa melacur, pelakon sinetron akui kerana masalah kewangan

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)