Pemimpin Bersatu dakwa PN mungkin dapat sokongan Mahathir

Pemimpin Bersatu dakwa PN mungkin dapat sokongan Mahathir.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Senator Datuk Razali Idris memberi bayangan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali bersemeja dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama kedua-dua pemimpin itu bagi memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila pemimpin UMNO yang ada kaitan mahkamah sudah keluar daripada menyokong PN maka membuktikan ketegasan dengan janji awal Muhyiddin dengan Mahathir sebelum dilantik Perdana Menteri.

“Bahawa walau apa pun terjadi beliau tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan kes mahkamah. Hari ini jelas Mahathir dan Muhyiddin tegas dan senada menolak mereka yang terbabit rasuah serta salah guna kuasa.

“Maka, tidak mustahil hubungan mereka dapat dipulihkan untuk kepentingan rakyat Malaysia yang dalam kesusahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Razali menambah, langkah UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan masih agak kabur kerana tidak jelas sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimennya sendiri.

Katanya, ia bertujuan mengaburi mata rakyat dengan permainan politik terdesak berikutan sudah beberapa kali Presiden UMNO umum untuk tarik sokongan.

“Rakyat sentiasa memerhati apatah lagi mereka sudah semakin percaya dan yakin dengan kerajaan PN bagi setiap program bantuan ekonomi yang sangat memberi kesan baik kepada rakyat sendiri,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/153647/BERITA/Politik/PN-mungkin-dapat-sokongan-Tun-M-Razali-Idris

BACA JUGA : Panas !!! Muhyiddin bakal lantik MP Umno jadi Menteri Tenaga yang baharu?

COMMENTS

Wordpress (0)